A meaningful experience for student who helped victims of the Padang earthquake
6 November 2009
Berita Harian - A meaningful experience for student who helped victims of the Padang earthquake (Translated)
06 November 2009
The opportunity to help the victims of the earthquake in Pariaman, Padang became an experience that is unforgettable for 18 year old Noh Iskandariah Khosnen.
The second year old second year civil engineering and management student in Singapore Polytechnic were among six students from the polytechnic who went to Pariaman with SCDF and Mercy Relief on 13 October.
He said he was amazed with their strong desire to live even after being hit by a natural disaster.
According to Noh Iskandariah, he and his team had a week to prepare for the three day trip.
Though they were there for only three days, the experience garnered was unforgetful.
Noh Iskandariah is one of the 85 strong member of SP CD Lionhearters which was formed on the 27 October.
The club was set up to enable students of Institutions of Higher Education to aid countries that are badly hit by natural disasters and to render help in case of an emergency on their campus.
SP was the first Institute of Higher Education to set up a CD Lionhearters Club.
Members were given training prior to being deployed and they were trained in CEPP.
They were accompanied by a senior officer from SCDF and a lecturer from their school during the trip.
According to the officer who accompanied them, LT Johan Nazrin Jaffar, 32, they showed encouraging potential during the trip.
Chief Executive of Mercy Relief, Mr Hassan Ahmad, commented that they showed a high level of commitment during the trip.
Berita Harian - Pengalaman bermakna pelajar bantu mangsa gempa Padang
PELUANG membantu mangsa gempa bumi di Padang merupakan satu pengalaman yang menakjubkan bagi Noh Iskandariah Khosnen, 18 tahun.
Penuntut tahun kedua jurusan kejuruteraan sivil dan pengurusan di Politeknik Singapura (SP) itu antara enam pelajar politeknik tersebut yang dipilih mengikuti misi kemanusiaan badan bantuan kemanusiaan Mercy Relief dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di Pariaman, Padang, 13 Oktober lalu.
"Saya kagum akan semangat penduduk kawasan itu untuk terus hidup walaupun dilanda kesusahan.
"Kami membantu mengagih makanan kepada mereka yang terjejas dan turut membantu membangunkan khemah untuk digunakan pelajar di sekolah Yayasan Pendidikan Silaturahmi," kata Iskandariah semasa ditemui di Ibu Pejabat SCDF di Ubi Avenue 4 semalam.
Menurut Iskandariah, pasukannya diberi tempoh seminggu saja untuk bersiap sedia, dan walaupun berada di Padang hanya tiga hari pengalaman yang diraih cukup bermakna.
"Kita jarang melihat keadaan seperti itu di Singapura. Bagi saya ia amat memilukan dan saya bersimpati akan nasib mereka. Mereka amat terjejas oleh gempa itu. Selain kekurangan makanan dan ubat-ubatan, mereka tidak mempunyai tempat tinggal dan sekolah sempurna," ujarnya lagi.
Pelajar itu antara 85 anggota kelab SP CD Lionhearters, yang dibentuk 27 Oktober tahun ini.
Kelab itu bertujuan membolehkan penuntut pusat pengajian tinggi setempat membantu dalam misi kemanusiaan di luar negara dan memberi pertolongan jika berlaku kecemasan di kampus mereka.
SP politeknik pertama membangunkan kelab CD Lionhearters.
Sebelum dikerah ke kawasan bencana mereka melalui beberapa latihan. Antara lain mereka perlu menjalani Program Kesediaan Kecemasan Masyarakat (CEPP) anjuran SCDF bagi pelajar menjalani latihan seperti pertolongan cemas, bantuan pernafasan kecemasan (CPR), keselamatan kebakaran, menghadapi kecemasan dan ancaman luar biasa.
Sewaktu misi kemanusiaan di Padang itu, para pelajar tersebut ditemani seorang pegawai kanan SCDF dan seorang pensyarah SP.
Menurut pegawai kanan SCDF yang mengikuti kumpulan itu, Leftenan Johan Nazrin Jaffar, 32 tahun, prestasi yang ditunjukkan para pelajar itu cukup memberangsangkan.
"Walaupun mereka diberi masa singkat untuk mempersiapkan diri, kumpulan SP CD Lionhearters berupaya menyahut pelbagai cabaran yang dihadapi. Mereka bekerja keras dan tidak pernah merintih," ujar Leftenan Johan.
Ketua Eksekutif Mercy Relief, Encik Hassan Ahmad, pula berkata tahap komitmen yang ditunjukkan pasukan tersebut tinggi.
"Ini membuktikan jika diberi peluang, latihan, kesempatan dan platform betul, golongan belia Singapura boleh menunjukkan keihsanan mereka," ujar beliau.
' Kita jarang melihat keadaan seperti itu di Singapura. Bagi saya ia amat memilukan. – Noh Iskandariah Khosnen, pelajar Politeknik Singapura peserta misi kemanusiaan di Padang