How can I get Involved?

Home  »  About CEP  »  Bagaimana Saya Boleh Melibatkan Diri?
Untuk kekal bersatu dalam menghadapi krisis,
kita perlu membina satu asas kukuh sebelum krisis melanda.
 

Program Mendekati Masyarakat menyatukan warga berbilang kaum demi mengukuhkan lagi jalinan antara mereka dan menyediakan pelan respons bagi membantu menangani ketegangan kaum yang mungkin terjadi ekoran daripada tercetusnya sesuatu krisis.

Setiap seorang daripada kita mempunyai peranan.
Berikut adalah cara bagaimana ANDA sebagai individu dapat memainkan peranan.
Fahami mengapa Program Mendekati Masyarakat perlu diadakan
 
- Kita tidak boleh mengambil ringan keadaan hubungan kaum yang baik di sini. Semasa krisis, mungkin akan terdapat kegenjotan pada teras sosial kita. Ketika itu, mungkin agak sukar juga bagi masyarakat untuk kekal tenang dan mengelak daripada memberikan reaksi yang kurang positif.
- Oleh itu, kita perlu menjangkakan apa yang akan kita hadapi dan bagaimana kita harus bertindak sekiranya tercetus sesuatu krisis. Mulakan di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Program Mendekati Masyarakat. Sila berikan cadangan dan maklum balas anda.
Hidup, bekerja, bermain dan belajar bersama di dalam suasana harmoni antara kaum dan agama serta nikmati kepelbagaian amalan serta kekayaan warisan setiap kaum dan agama di sini.
 
- Kita perlu membina kepercayaan sesama kita dan dengan kaum yang lain. Berusahalah mengenali jiran, rakan sekerja serta teman sekolah dan bermain anda.
- Marilah kita mengenali dan memahami kepercayaan dan budaya setiap kaum dan kumpulan agama di Singapura.
- Kami syorkan agar anda mula di sini untuk mendapatkan maklumat tentang agama-agama utama di Singapura.
Sertai latihan agar dapat menangani krisis dan kecemasan
 
- Dengan bersiap sedia kita dapat mengurangkan kelemahan kita. Ditahap individu, kita harus sentiasa bersiap sedia untuk menangani kecemasan. Sertai latihan agar anda tahu bagaimana untuk bertindak.
- Berikut adalah antara cara-cara bagaimana anda dapat membantu bukan sahaja orang tersayang bahkan orang lain juga:-
 
  • Mengapa tidak menyertai Emergency Preparedness Day di kawasan undi anda? Anda boleh mendapatkan informasi tentang acara tersebut dan cara menyertainya di sini
  • Terdapat pelbagai program mengenai kemahiran dan pengetahuan asas pertahanan awam. Ia termasuk latihan, pembahagian bahan-bahan pendidikan, kelengkapan latihan dan acara-acara kemasyarakatan. Lelaman SCDF menyediakan pelbagai program kemasyarakatan. Mengapa tidak mendaftar dan menyertainya SEKARANG

Bina daya tahan dan bersiap sedia
 
- Semasa krisis, kita perlu bertenang dan pastikan kehidupan kita dapat kembali seperti sediakala secepat mungkin
- Daya tahan kita dapat dimanifestasikan melalui tahap persediaan kita
- Ditahap individu, kita dapat memastikan yang kita telah bersedia dengan menyiapkan ’pelan kecemasan’ bagi diri kita sendiri serta orang-orang tersayang. Apabila kita telah bersedia dan mempunyai pelan kita sendiri, kita tidak akan mudah panik. Terdapat berbagai cara menyediakan pelan tersebut, sebagai contoh,
 
  • Siapkan barang-barang yang anda perlukan semasa kecemasan, misalnya, lampu picit, radio, nombor telefon yang penting, ubat-ubatan, salinan surat-surat penting dan kad yang menyatakan jenis alahan dan penyakit yang dihidapi. Kesemua barang-barang tersebut harus dimasukkan di dalam "Ready Bag" agar mudah dicapai sewaktu kecemasan. Contoh beg boleh anda lihat di sini
Sama ada kita dapat terus wujud sebagai sebuah negara yang
bersatu bergantung kepada kita semua.
Ayuh Bersiap Sedia dan Terus Mempersiapkan Diri
demi Singapura yang Bersatu atau Singapore United