What is CEP?

Home  »  About CEP  »  Apa itu CEP?

Rangkaian anggota masyarakat untuk mengurangkan konflik
Program Mendekati Masyarakat bertujuan menyatukan warga Singapura dari berbagai latar kehidupan dan membantu meningkatkan persefahaman dan mengelakkan konflik bangsa dan agama di dalam masyarakat kita semasa krisis, seperti serangan pengganas.

Pelan bertindak untuk menangani serangan pengganas
Anggota masyarakat boleh dilibatkan di dalam pelan bertindak ini jika berlaku serangan pengganas. Pelan ini membantu warga Singapura bagaimana untuk menangani masalah semasa krisis dan dapat tetap bersatu sebagai sebuah negara.

Lebih dari sebuah perancangan kecemasan anti-pengganas
Sebuah krisis seperti serangan pengganas berpotensi menimbulkan salah faham dan ketegangan di antara berbagai kaum yang berbeza. Program Mendekati Masyarakat bertujuan untuk mengukuhkan masyarakat kita yang berbilang kaum agar tetap utuh dan bersatu semasa dan selepas krisis supaya kita dapat terus bekerja, belajar dan tinggal bersama dengan aman dan harmoni.