Who is involved?

Home  »  About CEP  »  Siapa yang terlibat?

Sebuah masyarakat yang bersatu dan teguh tidak boleh dibina hanya melalui dasar-dasar yang ditetapkan oleh pihak Pemerintah sahaja. Sumbangan masyarakat adalah sangat penting. Idea dan kegiatan di bawah inisiatif Program Mendekati Masyarakat (CEP) boleh diilhamkan oleh masyarakat dan dilaksanakan juga oleh masyarakat. Pemerintah akan menyelaras dan menyokong usaha-usaha tersebut serta menawarkan lebih banyak peluang bagi masyarakat berbilang kaum bertemu dan mengenali satu sama lain.

Sebuah Jawatankuasa Peringkat Menteri bagi Penglibatan Masyarakat (MCCE) telah dibentuk untuk menerajui CEP. Enam buah agensi Pemerintah yang menyokong MCCE adalah: Kementerian Ehwal Dalam Negeri; Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia; Kementerian Perhubungan dan Penerangan; Kementerian Pendidikan; Kementerian Tenaga Manusia dan Persatuan Rakyat.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri bertindak sebagai agensi penyelaras bagi CEP secara keseluruhannya, sementara lima kelompok masyarakat akan disokong oleh agensi-agensi berikut:

Kelompok Agensi Penyokong
Pertubuhan agama dan masyarakat, dan kumpulan budaya Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia
Institusi pendidikan Kementerian Pendidikan
Media dan cendekiawan Kementerian Perhubungan dan Penerangan
Perniagaan dan kesatuan sekerja Kementerian Tenaga Manusia
Pertubuhan akar umbi Persatuan Rakyat

Menerusi CEP pertubuhan-pertubuhan di dalam setiap kelompok diharapkan dapat bekerjasama antara mereka dan juga dengan pertubuhan-pertubuhan di dalam kelompok lain dalam usaha membina rangkaian serta jalinan yang lebih kukuh baik di kalangan kaum mereka sendiri mahupun dengan kaum yang lain.