Why the need for CEP?

Home  »  About CEP  »  Mengapa CEP diperlukan?

Singapura menghadapi ancaman pengganas
Serangan September 11 di Amerika pada 2001 dan serangan susulan di merata dunia menunjukkan bahawa sebahagian besar terorisme pada masa kini ada kaitan dengan fahaman agama yang melampau. Serangan seperti ini bukan sahaja menyebabkan kecederaan dan kerusakan fizikal, ia boleh juga memusnahkan kepercayaan, keyakinan dan harmoni antara berbagai golongan masyarakat.

Penangkapan anggota Jemaah Islamiyah (JI) yang merancang serangan bom di Singapura, serta serangan maut di Bali, jelas membuktikan bahawa terorisme merupakan ancaman jangka panjang kepada rantau ini. Kita mesti berwaspada dan bersedia untuk mampu menangani kesan kepada perhubungan antara kaum jika berlakunya serangan pengganas di Singapura. Kita tidak sepatutnya bersikap puas hati terhadap kepercayaan dan keharmonian yang kita nikmati kini.